Followers

Saturday

BUN SAMBAL SARDINE


Jom sarapan dengan bun sambal sardine pula. Panas2 lagi ni. Lepas ni nak pergi kenduri dekat Beris Jaya, Sik nun jauh kat utara Negeri Kedah. Lepas kenduri dok rancang nak pergi lawat kebun anggur kat situ boleh laa beli anggur segar bugar gituu tapiii.. kawan yg dekat kulim ajak pergi meminang gadis melayu buat menantu la pulaaa dekat Gurun pukul 4 ptg nanti. Nak tak nak terpaksa batal niat suci murni tu, nampak gayanya tak dapat den merasa anggur yang segar2 tuu alih2 kat Jusco gak tempat dia... Tak apa la kita makan roti dulu..



 Pada asalnya resipi ni dari blog Cik Mat, terima kasih laa mat kongsi resipi yang sedap nii, mama dah buat dulu bun sambal tuna tapi sekali ni mama ganti tuna dengan sardine pula. Siapa2 nak cuba tu boleh laa sedapp dan gebusss ja... bak kata Ika yang duduk kat siam tu lembut
 toiin2 gitu...cuba lah jom kita tengok resipi kat bawah ni... ok tuan rumah undur diri dulu ya...


BAHAN DOH :-)


200 g tepung pau*
100 g tepung Hong Kong*
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softerner
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
125 ml air suam
sedikit bijan
* guna tepung roti pun boleh

BAHAN SAMBAL SARDINE :-)

1 tin sardine, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMBUATNYA -

1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

2. UNTUK SAMBAL SARDINE:- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan sardine, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.

3. UNTUK BUN SAMBALSARDINE:- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 12 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu tabur bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa.....

Friday

MUFFIN PANDAN


Salam buat semua petang ni kita makan muffin pula. Tapi tak berapa menjadi la pula. Tengok tuan punya resipi buat cantik ja.. Entah la silap kat mana pun tak tau..


Mama dapat resipi ni kat blog Izah Muffin. Resipi asal dari yani@Myr. Terima kasih ya pada anda berdua kongsi resipi ni. Seperti biasa mama minta izin letak resipi kat sini.


sumber: yani@myR
BAHAN BAHAN ( 6 biji- 7cm acuan muffin )

90g butter
70g gula halus
1 biji telur
40ml susu segar
sedikit vanila esen
110g tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil pandan emulco

CARA CARANYA :-

 1. Pukul butter sehingga lembut.
      Kemudian masukkan gula,pukul sehingga putih.
 2.  Masukkan telur sikit demi sedikit.
     Pukul sehingga semuanya sebati.
     (sebelum masukkan telur ke dalam adunan,
     pukul dulu sikit telur tu dengan garfu. Tak perlu kembang).
     Kemudian masukkan esen vanila. Pukul lagi sehingga sekata.
3. Masukkan pula tepung yg telah diayak dengan
     baking powder ke dalam no.2 sedikit demi sedikit
     sebanyak 3 kali berselang seli dgn susu segar sambil
     di kacau. (tepung-susu-tepung-susu-tepung)
4. Bahagikan adunan kepada 2. Ambik satu bahagian adunan,
     masukkan pandan emulco dan kacau sehingga sebati.
5. Isikan cup muffin dengan dua adunan yang berlainan itu.
     Bakar selama 25-30minit dengan suhu 180C





SIMPLE JERRR..








Wednesday

BUN SUGAR CHEESE


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2. Dah minum petang ke. Jom kita minum kopi O dengan bun sugar cheese. Sedaaappp


 Semenjak mama tesalah tepung buat bun sambal tuna dulu rasanya mama dah jatuh cinta laa dengan adunan tpg pau ni. Hasilnya sangat lembut dan gebu gebuuss gituu...  Rresipi asal dari blog Cik Mat Gebu. Maaf yer cik mat sekali ni mama derhaka sikit dengan resipi cik mat. Jom layan resipi kat bawah ni..



BAHAN DOH :-

300 g tepung pau
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softener
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra) ( mama tambah 25 ml saja )
sedikit cheese
sedikit gula pasir

CARA MEMBUATNYA -

1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit.
 KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap

2. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu  bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 23 minit atau hingga kuning keemasan. Keluarkan roti tadi sapu
butter kemudian tabur gula dan cheese masukkan semula dalam oven lebih kurang 3 minit. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

Tuesday

CARD FROM LOVE2 COOK


Terima kasih LOVE bagi card bunga rose yang cantik ni dekat mama.

Friday

BURGER MALAYSIA


Salam pagi jumaat buat semua...Jom kita sarapan dengan burger hari ni.. burger ni mama ikut resipi donut suria..terima kasih pada empunya resipi..


meh kita layan resipi kat bawah ni..
 
 
 
Bahan A

3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster
** I like this count of threes....senang ingat!!!! - aku setuju!! hihihi

Bahan B

200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
=> 20ml air tambahan jika perlu, bergantung kepada jenis tepung.

 Bahan c

sambal bilis secukupnya
Kaedah penyediaan

1. Satukan semua Bahan A. Masukkan bancuhan
     Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu.
     Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
2. Terus terap atau bulat-bulatkan.
3. Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
4. Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
5. Potong dua tapi jangan putus letak sambal ikan bilis
     hirisan timun dan salad.
     siap untuk di hidang.
 

Tuesday

ADUHAIIII TERSALAH TEPUNGGG TAPI ........


Assalamualaikum dan salam buat semua kawan2. Aduhaiii lama betul tak jenguk blog mama, tnet kat rumah ni buat hal laa geram betul.. Dia orang bagi tahu 3 hari ja tapi dah satu minggu baru ok hairan la, tu pun kena tukar apa benda tah mama pun tak tau. Tapi tak kesah la janji ok dah laa.. nasib tak kena bayaran..



Akibat tersalah tepung tapiii... alhamdulillah tengok tu.. lembut dan gebu ja bun tuna ni..



Bun sambal tuna ni mama buat dua hari yang lepas. sedap la kalau nak tau sedap ker tidak cuba la . resipi mama ambil dari blog Cik Mat Gebu. Alaa siapa yang tak tau Cik Mat yang sinonim dengan dunia masakan tu..
Ok la cik mat seperti biasa mama minta izin letak resipi kat blog mama. Roti ni tersangat laa lembut dan gebu. Selalunya mama buat bun tak la selembut ni. Best la resipi ni suka sangat2. Waktu nak kemas dapur yang besepah2 tuu mama tengok dua bungkus tepung atas lemari dapur, sekali mama tenguk tepung roti masih blum guna lagi... heran la pulak ....Rupa2nya mama tersalah ambil tepung ,mama guna tepung pau. Tapi Alhamdulillah roti yang mama buat tu gebu dan tersangat lah lembut. Resipi asal Cik Mat guna tepung gandum. Ok la lain kali boleh buat roti guna tepung pau..
Ok la kita tengok resipi kat bawah ni....


BAHAN DOH :-)

300 g tepung gandum (mama guna tpg pau )
55 g gula halus
1/4 camca teh garam
1 camca besar susu tepung
1/2 camca teh bread improver
1 sudu teh softener ( yang ni mama tambah sendiri )
30 g minyak sapi (guna mentega pun ok)
1 1/2 camca teh instat yeast
30 g telur (1 biji telur, kocok sedikit dan timbang)
100 ml air suam
50 ml air (xtra) ( mama tambah 25 ml saja )
sedikit bijan

BAHAN SAMBAL TUNA :-)

1 tin tuna flakes, toskan
2 camca besar cili kisar
1 biji bawang besar, cincang
1 ulas bawang putih, cincang
1/2 inci halia, diketuk
1 camca besar kicap cair
1/2 camca teh gula
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
Sedikit minyak untuk menumis

  CARA MEMBUATNYA -
 
 1. UNTUK DOH :- Dalam air suam, masukkan instant yeast dan 1 camca teh gula halus (dari 55 g gula dalam resipi), kacau rata dan biar berbuih. Satukan semua bahan2 lain kecuali minyak sapi@mentega, gaul rata dan bancuhan ragi rati. Uli dan tambah air (yang xtra 50 ml tadi) sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambah minyak sapi@mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang licin, kenyal dan tak melekat di mangkuk adunan. Bulat2kan doh, tutup dengan plastik bersih dan perap 50 minit. KAEDAH LAIN :- Satukan semua bahan2 doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

2. UNTUK SAMBAL TUNA :- Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, halia, bawang putih dan cili kisar hingga garing, masukkan tuna, gula dan kicap cair, kacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Masak dengan api perlahan hingga sambal kering, masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa, jika ok boleh matikan api. Keluarkan halia titik sebelum digunakan.

3. UNTUK BUN SAMBAL TUNA :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, bahagikan kepada 10 bahagian sama besar, bulat2kan. Ambil 1 bahagian, leperkan seperti dalam gambar, letak 1 camca besar sambal tuna dan balut inti tadi. Bulat2kan roti dan susun dalam loyang yang telah dilenser dengan sedikit mentega. Buat hingga siap. Perap roti tadi hingga naik, kurang lebih 45 minit. Sapu roti dengan telur lepas tu tabur bijan dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga kuning keemasan. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau suka, nak tabur bijan atas roti tadi pun ok, sapu permukaan roti dengan lebihan telur yang ditambah 1 camca besar susu cair, dan taburkan bijan, kemudian bakar seperti biasa......
Related Posts with Thumbnails