Followers

Showing posts with label kuih muih mama. Show all posts
Showing posts with label kuih muih mama. Show all posts

Friday

PUTU MAYAM


PUTU MAYAM
Resepi- AZLITA AZIZ

BAHAN-

2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung
2 cawan tepung beras
daun pisang
Gula merah atau gula Melaka di hiris halus
Kelapa parut putih di gaul dengan secubit garam 
    
CARA MEMBUATNYA - 
  
Mula-mula kita sediakan daun pisang dahulu

Daun di cuci bersih dan lap kering
Gunting bentuk bulat dan sapukan sedikit minyak jagung supaya putu mayam tidak melekat di atas daun. Ketepikan

Kemudian kita panaskan air dahulu hingga mendidih
Bila dah mendidih masukkan garam dan minyak jagung, gaul rata
Tutup api dan masukkan tepung beras sikit-sikit sambil terus kacau hingga ia menjadi doh yang lembut.
Hati-hati ya sebab panas.
Masa doh panas-panas tu terus masukkan dalam acuan maruku.
Pilih lubang yang paling kecil ya untuk putu mayam

Putar acuan bentuk bulatan dan biarkan doh bertali itu jatuh atas daun pisang

Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
Susun dalam kukus

Sebelum tu air kukusan hendaklah di panaskan hingga didih
Kemudia kukus putu mayam
Tutup kukusan hendaklah di bungkus dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitik pada putu mayam dan buakan ia lembik nanti
Kukus jangan lama sangat tau nanti dia lebik anggaran 2 ~ 3 minit gitu dah angkat

Kemudian bolehlah di hidangkan bersama kelapa parut putih yang dah di campurkan secubit garam. Di makan juga bersama gula merah atau gula Melaka.


Kalau putu mayam yang warna hijau tu, air yang di gunakan air pandan. Ambil 5 helai daun pandan campur dengan 2 cawan air dan kisar. Kemudian tapis.
Air tu kita masak, kalau kurang hijau tambahkan sedikit pewarna hijau apple.


Mudah aje kan buat putu mayam ni..

KUEH PAU











BAHAN:-

500 gm tepung pau
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1sudu teh Double Action
1sudu teh yist kering
250ml air @
260 ml bergantung pada tepung

CARA MENYEDIAKANYA:-

1. Campurkan semua bahan2 uli
    hingga sebati dan lembut.(Mama guna BM)
2. Timbang doh 45gm @ 50gm
    bentukkan bulat, masukkan inti kacang atau inti kelapa. bulatkan doh.
3. Rehatkan doh biarkan naik lepastu boleh lah kukus dengan api yang pelahan lebih kurang 10minit.
4. Bila cukup waktu sendengkan sedikit tudung pengukus supaya
    keluar wap..biarkan sekejap jaa lepas tu bolrhlah keluarkan pau dari pengukus.
    Siap untuk dihidang..

Sunday

BEBOLA KELEDEK SALUT GULA

 

BAHAN BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek putih (buang kulit dan timbang)
60 gram tepung gandum
sedikit garam
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)
1. Ubi keledek dikupas kulit dan potong
     2 atau 3  dan rebys hingga empuk

2. Lenyet hingga halus, masukkan tepung gandum
     dan garam.
3. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan bulat2kan.
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.
6. Toskan minyak.
7. Dengan menggunakkan kuali yang sama buangkan minyak 
     tadi masukkan gula dan air, masak hingga gula pekat.
8. Selepas itu masukkan bebola, gaulkan pelahan2 
     hingga gula tadi salut pada bebola.
9. Padamkan api dan terus kacau pelahan2 hingga
     gula tadi kering.
     Siap untuk dihidang

    

Monday

APAM POLKADOT - TEMPAHAN


Apam polkadot 2730 pcs. 30 pcs satu pack.Tempahan dari BANK RAKYAT sempena hari guru. Terima kasih pada ana kerna memberi semangat dan kepercayaan pada mama utk meneruskan projek ni..

KUIH KETAYAP / KUIH DADAR

Tempahan dari Nakotik IPD. 150 pcs kuih badak dan ketayap. Kuih badak tak sempat ambil gambar. Terima kasih 

Sunday

APAM POLKADOT - TEMPAHAN








APAM POLKADOT

 



BAHAN BAHANYA :-
Sumber : Hana
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - hana kurangkan
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
CARA MEMBUATNYA :-
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
NOTE DARI HANA :-

  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur

Thursday

KUIH PAU KACANG MERAH





BAHAN BAHAN :-
500 gram tepung pau / tepung hong kong
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air (260 ml mama tambah)
inti kacang merah secukup nya


CARA MEMBUAT PAU :-

1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
      sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
     biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
     Mama kukus 2 minit jaa guna pengukus Tupperware

Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi





Friday

SERI MUKA PANDAN


Sumber: Majallah
BAHAN - BAHANNYA :-)

Bahan Pulut:-

250 grm beras pulut
225 ml air (bergantung pada jenis pulut )
50 ml santan pekat
sedikit garam halus

Bahan Atas (A)

10 helai daun pandan
11/2 cawan air
1 cawan santan pekat
sedikit kulit kayu manis pauder

Bahan Atas (B)

50 grm tepung gandum
1 sudu tepung beras
2 biji telor gred B
90 gram gula pasir
1 sudu besar minyak masak
sedikit warna hijau
sedikit garam




    CARA MEMBUATKANNYA : -)

1. Rendam pulut sekurang-kurangnya satu jam.
2. Toskan, masukkan pulut ke dalam loyang kemudian ratakan.
3. Campurkan santan pekat,air dan garam halus ke dalam pulut.
4. Pastikan paras santan menyamai paras pulut.
5. Kukus pulut selama 20 minit,buka dan kacau rata.
6. Kukus lagi selama 5 hingga 6 minit.
7. Sediakan loyang lain, sapukan minyak pada dasar loyang.
8. Alas dengan plastik yang tahan panas.
9. Masukkan pulut (kala panas) dengan segera ke dalam
     loyang yang telah di sapu minyak dan plastik tadi.
10. Tekan pulut agar mampat dengan plastik. ( ketepikan )

UNTUK MENYEDIAKAN BAHAGIAN ATAS :

1. Kisar daun pandan dan air kemudian tapis
     airnya untuk mendapat jus pandan.
2. Campurkan jus pandan dengan semua bahan (A) bahagian atas.
3. Kemudian masukkan  bahan (B) iaitu tepung gandum
     dan tepung beras.
4. Kisar pelahan agar tidak melimpah keluar.
5. Kemudian masukkan telur, kisar lagi sehingga sebati.
6. Keluarkan adunan kemudian masukkan ke dalam periuk.
7. Campurkan dengan gula,garam,sedikit pewarna hijau epal
    dan minyak masak (agar adunan lembut).
8. Kacau di atas api pelahan selama 30 minit atau sehingga
     adunan tidak melekat pada senduk pengacau.
9. Tuang adunan dengan segera di atas pulut tadi.
10. Goyang-goyangkan loyang agar adunan atas rata.
11. Biarkan sejuk, barulah dipotong.

  ( Proses ( no8 ) ini memerlukan kesabaran kerana adunan akan
   bergentel dan berketul ketul pada mula nya tetapi setelah di kacau 
   lama adunan berubah menjadi semakin lembut dan berkilat ).






Sunday

KUIH KERIA



BAHAN - BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek putih
60 gm tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak masak untuk menggoreng

CARA MENYEDIKANNYA :-)

1. Rebus ubi keledek hingga empok.
2. Kemudian lenyek ubi tadi hingga halus.
3. Masukkan tepung gandum. Gaul hingga sebati.
4. Buat bentuk gegelang satu persatu hingga habis.
5. Goreng dengan minyak dengan api yang pelahan
     sehingga kekuningan atau hingga masak. (toskan)
6. Masak gula pasir dengan 1/4 cawan air
     hingga pekat atau air gula nampak berbuih2.
     ( Padamkan api )
7. Masukkan kuih tadi, kacau pelahan2 hingga air
     gula tadi bersalut pada kuih dan terus kacau
     hingga air gula kering.
     Siap untuk dihidang..

Wednesday

LEPAT PISANG


Sumber : Cik Mat Gebu

BAHAN - BAHANNYA :-)

700 g pisang emas yang telah dibuang kulitnya
70 g gula melaka, dihancurkan
1 cawan kelapa parut putih (pilih kelapa yang berkulit basah)
3/4 camca teh baking powder
1 cawan + 2 camca besar tepung gandum
Secubit garam
Daun pisang secukupnya, cuci dan layur hingga lembut,
  potong ikut saiz yang sesuai


CARA MEMBUATNYA :-)

1. Pisang dilecek bersama gula melaka, garam dan baking
     powder hingga hancur. Tambah kelapa parut dan tepung
     sedikit demi sedikit sambil digaul, hingga habis. Kacau rata.
2. Sudukan 2 camca besar adunan tadi atas daun pisang yang
     telah disediakan. Rata dan bungkus seperti membuat
     lepat biasa. Buat hingga siap (menghasilkan kurang
     lebih 16 - 17 biji kuih, ikut saiz daun pisang memasing).
3. Kukus atas air mendidih selama 20 minit.
     Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dihidangkan.
   
Related Posts with Thumbnails