Followers

Sunday

TALAM PERMATA LABU


sumber majalah




BAHAN BAHAN


lapisan bawah

100 g labu (di potong dadu dan di kukus 2 minit)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
3/4 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa helai daun pandan

lapisan atas

100 g labu (di potong nipis2)
3/4 cawan gula
1 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras (cap teratai)
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung ubi
2 cawan air
sedikit garam
beberapa daun pandan
pewarna hijau epal & kuning lemon


CARA MEMBUATNYA :


1.  Untuk menyediakan lapisan bawah,    
       masak gula dengan 1 cawan  air,
       santan pekat dan garam.
2.  Biarkan mendidih hingga gula hancur.
3.  Setelah mendidih angkat dan tuang kan 
       1cawan air lagi ke dalam santan agar
       adunan menjadi suam, tuangkan ka dalam   
       mangkuk pengisar ( ketepikan daun pandan)   
4.  Campur kan kesemua jenis tepung tadi
        masukkan sedikit demi sedikit kedalam 
        pengisar yang mengandungi bahan
        santan tadi
5.  Kisar seketika (sekadar semua bahan sebati)
6.  Keluarkan pada mangkuk pengisar,
        masukkan pula labu dadu yang di kukus     
        tadi sukat ke semua bahan tadi biar jadi
        1 liter @ (4 1/2 cawan adunan,ketepikan
7.  Untuk menyediakan lapisan atas pula, masak 1 cawan
       air bersama santan pekat,daun pandan, gula dan garam.
8.  Setelah garam hancur,angkat dan tuang kan 1 cawan air
       lagi agar adunan jadi suam.
9.  Masukkan santan yang masak td dan labu
       yang di potong nipis2 ke dalam pengisar.
10.  Kisar seketika.
11.  Campurkan kesemua jenis tepung tadi,
         masukkan sedikit demi sedikit ke dalam pengisar     
         yang mengandungi santan dan labu tadi.
12.  Kisar seketika hingga tepung sebati.
13.  Keluar kan dan sukat adunan menjdi 1 liter
         lebih sikit @ (4 1/2 cawan adunan)
14.  Keluar kan 3 senduk daripada adunan ini
         warna kan dengan warna hijau dan sedikit warna
         kuning lemon.manakala selebih nya di biar kan
         pada warna asal (kuning labu),
         boleh juga tambah sedikit warna kuning lemon.
15.  Alas kn loyang (22x22) dengan plastik
         tuang kan 3 senduk adunan dari lapisan bawah
         yang mengandungi labu kukus tadi.Kukus ealama 3 minit
16.  Bagi memastikan kuih masak tekan dgn jari,
         jika tidak melekat,tanda nya kuih telah masak.
17.  Tuang lagi 3 senduk adunan lapisan bawah di atas
         lapisan yang telah masak tadi,biarkan masak selama 3 minit.
         lakukan proses ini sehingga bahan lapisan bawah habis.
18.  Untuk melapis bahagian atas pula, ambil 3 senduk
         adunan lapisan atas yang berwarna hijau,
         tuangkn kesemuanya ke atas laipsan bawah tadi.
19.  Kukus selama 3 minit @ sehingga masak.
20.  Lapis seterusnya tuang 3 senduk adunan warna kuning
         biarkan masak selama 3 minit.Lakukan proses yg sama
         sehingga ke semua bahan atas habis.
21.  Setelah lapisan atas masak, angkat dan biar kan
         sejuk lebih kurang 4 jam, barulah di potong.
22.  Jika lapisan atas menggelembung 
         (akibat terlebih masak)
         biarkan seketika di dalam pengukus,
         (dengan tudung pengukus di buka) sehingga lapisan atas
         tadi kembali normal di keluarkan dan biarkan sejuk
   

Saturday

CHICKEN TERIYAKI


kopi n pes dari blog hana's family.tgok blog cik mat pun da jgak yep.spa nk tgok sbgai rujukan.di sitok @ di sinun.



BAHAN-BAHANNYA :


2-3 keping dada ayam boneless-
 atau apa2 bahagian (mama guna paha ayam)
3 inci halia - parut
3 ulas bawang putih - parut
3 sb madu
4 sb kicap manis
1 sb gula perang
1 sk garam


CARA MEMBUATNYA :


1. Cucuk2kan ayam menggunakan garpu.
2. Satukan semua bahan dan perap lebih kurang
     sejam atau lebih dalam peti sejuk.
3. Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang
     ayam tadi.Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam
4. Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa
     dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
5. Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan.
6. Curahkan lebihan kuah ayam tadi.

Thursday

APAM BALIK



resepi ni mama amek dri buku kuih muih minuman petang,
"SENANG NYA MEMASAK BERSAMA CHEF HANIELIZA"


 


Bahan A

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan B

2 cawan susu segar [1 cawan susu cair + 1 cawan air]
1/2 cawan minyak
2 biji telur

Bahan C

coklat chips [xbbuh pun]
jagung cream

Cara

1. Gaulkan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B dalam blender .
3. Masukkan bahan A dalam blender dan mesinkan.
4. Panaskan non-stik pan dan sendukkan adunan.
5. Tutup pan dan biarkan adunan 3/4 masak.
6. Letakkan coklat chips atau jagung.
7. Lipat dan hidangkan.

AYAM MASAK MADU



Salam hari khamis buat semua.Menu tengahari nii mama dapat dari umah Cik Mat.Ayam masak madu ni sedap dan memenuhi cita rasa mama sekeluarga.Kalau siapa2 yg nak cuba resipi nya ada kat bawah atau
pi tengok kat umah Cik Mat.Trima kasih Cik Mat kongsi resipi ni..


BAHAN-BAHANNYA :


500 g ayam, potong ikut suka, gaul dengan serbuk kunyit dan sedikit garam
3 camca besar cili merah
6 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
(*kisar halus)
2 camca besar cili sos
3 camca besar madu
1 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah, hiris serong
1 biji bawang besar, hiris bulat (resipi asal tak letak)
Garam secukup rasa
Air secukupnya


CARA MEMBUATNYA :-


1.Ayam digoreng hingga kuning keemasan, angkat, toskan.
    Tinggal kan sedikit minyak dalam kuali yang sama
2.Tumis bahan kisar dan cili kisar hingga terbit minyak,
    masukkan sos cili dan madu dan sedikit air, biar mendidih.
3.Masukkan ayam, serbuk lada hitam, hirisan bawang dan
    hirisan cili, gaul rata dan masak hingga pekat .
4.Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam.
    Angkat dan hidangkan.

NASI HALIA


Copy pes dari umah Cik Mat, tq kongsi resipi ni


BAHAN-BAHANNYA :-)


500 g beras basmathi,
rendam 20 minit dan toskan
1 liter air
3 helai daun pandan, disimpul
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 ulas bawang putih, cincang
1 1/2 inci halia, dihiris nipis
1 kiub ayam "Maggi"
1/4 camca teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA :-)

1. Cairkan mentega dalam kuali, tumis bawang besar, halia,
     bawang putih dan daun pandan hingga harum.
     Masukkan  beras dan goreng sekejap beras tadi bersama
     bahan2 tumis.
2. Alihkan bahan no. 1 ke dalam rice cooker.
     Hancurkan kiub pati ayam, kacau rata dan tambah
     sedikit garam, kacau lagi.
     Masak seperti kita memasak nasi biasa.
3. Bila dah masak, gaul dengan chop stick, cukup 3 - 4 kali saja
     dibalik2kan nasi tadi untuk mengelakkan beras patah2.
     Biar nasi masak.
4. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng
     sebelum dihidang, jika suka...

Monday

TENGAHARI DAN PETANG




ni laa hasil jalaan mama petang tadi ,cicah dengan kuah kari ayam yang mama masak tengah hari tadi.Resipi
roti jala ni mama ambik dekat umah chik mi .Tq chik mi kerna kongsi resipi ni,walau pun koi nii senang ja nak buat tapi kdg2 adunan terlebih pekat pun tak jadi gak dan kalau terlebih cair pun susah gak nak menjala kalau ikut resipi ni senang ckit tak payah nak tambah pa2 gi.
ok laa ni resipi nya..



BAHAN BAHANNYA( 4 - 6 orang )

• 2 cawan tepung gandum
• 2 cawan air
• 1 bij telor
• 1 sudu kecil garam halus
• beberapa titik pewarna kuning

CARA CARANNYA


1.  Untuk Roti Jala - Masukkan semua bahan dalam blender.
      Blend hingga semua sebati. Perapkan selama 1/2 jam.
      Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan
      acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali.
      Gunakan api perlahan.
2.  Masak lebih kurang 1 minit.
      Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.




Kari Ayam mamasyipah

Sunday

JEMPUT JEMPUT NASI





kopi n pes dri hana.tq.

Bahan-bahan

1 cawan nasi putih
1 biji kentang
2 cawan tepung gandum
sedikit air garam


Cara-cara


1. Nasi diblender dengan air,
     pastikan paras air dan nasi tenggelam,
     blender hancur, kemudian kentang di potong dadu kecil.

2. Curah dalam bekas adunan,campurkan tpg dan kentang,
     masukkan sedikit garam, gaul sebati, jika terlalu pekat,
     masukkan sedikit air,jika adunan dah boleh dijemput,
     air tidak diperlukan, kira nye masa ni agak-agak je
     kecairan batter ni,mcm adunan buat jemput2 pisang.

3. Akhir sekali sudukan adunan dengan sudu dan goreng
     dengan minyak panas dan angkat bila dah perang,
     Sedap dimakan panas-panas bersama sos cili

Saturday

DORAYAKI



resipi nii mama ciluk dari umah Hana yg dok d perantauan tuu.Tq hana minta halal ya


Semalam jln2 kat umah Kak Asma nengok dorayaki. Ingin gak nak cuba .Pi kat dapur sukat bahan2 masukkan telor ngan gula terus jer mesin kejap jer,tiba2 mesin tuu diam jaa. eeh napa ngan mesin mama nii rosak ke....kau jgn buat hal baru ja beli .Tengok kat ruang tamu TV pun tepadam kipas angin pun tak pusing .Aduuuuuh karen tak da rhopenya. Tak tau nak buat pa la pulak,dok dlm umah panas laa .Mama p umah kwn kat ujung tuu pa lagi borak2 laa.Dekat nak magrib baru balik.Sampai umah anak mama c tembam tu bising2.Napa mama tak tutup mesin koi tuu tekejut adik dah laa dok sorang2 takut laa.Ya ker maap laa mama lupa nasib bek anak mama ada kalau tidak emmm tak tau laa pa nak jadi.Pas tu mama teruskan buat adunan tu sampai siap .Pas magrib baru mama masak koi nii,Alhamdulillah jadi laa jugak dorayaki tuu ni la hasil nya.Jom tengok resipi kat bawah nii.



BAHAN-BAHAN

100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
60gm gula halus- mama buh 50g jerk
2 sudu besar madu
2 biji telur
½ sudu besar minyak masak
½ sudu kecil esen vanilla
Inti:1½ cawan kacang merah yg manis .
     (Mama guna jem Stroberi jer )



CARA-CARANYA


1.  Dalam mangkuk besar, pukul telur bersama
      gula sehingga kembang.
2.  Masukkan madu, minyak dan esen vanilla.
      Kacau sehingga sebati.
3.  Masukkan tepung dan baking soda yg telah
      diayak ke dalam campuran telur.
4.  Kacau adunan secara kaup balik.
      Boleh tambah sedikit susu segar/cair jika adunan
       terlalu pekat.( mama buh 2 sudu besar susu segar.)
4.  Panaskan kuali yg tidak melekat (non-stick pan)
      dengan api kecil, masukkan 1/4 cawan adunan
      buat bulatan bersaiz 4".
5.  Masakkan sebelah bawah sehingga berwarna perang,
      masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak.
6.  Letak 1 sudu besar kacang merah ditengah
      sekeping pan-cake tuu (mama letak jem strobery)
      tutup dgn satu keping pan-cake.
    Tekan dgn tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah

.
MySpace

Thursday

LEMON CHICKEN




 Assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua rakan2.Apa habaq
semua, harap2 sihat semuanya.Dah makan tengahari ker. Ok la hari mama masak lemon chicken utk hidangan mama sekeluarga tapi lemon paste tak ada laa terlupa la pula nak gantikan dgn setitik pewarna kuning tu laa nampak pucat jer sos dia. Apa pun rasanya sedap gak.




Resipi ni mama dapat dari R.Net tapi tak ingat pula siapa nama tuan resipi nii.Terima kasih pada yg sudi kongsi resipi ni.Ok pada sesiapa yg nak cuba resipi nya ada kat bawah.



BAHAN BAHANNYA


400 gm isi ayam
1 sb halia kisar (lumurkan dgn ayam dan perap sebentar)
2 sb tepung beras
1 sb tepung jagung
1 sb lada sulah
1 st garam
1 sb gula
2 biji telur
2 sb susu sejat


CARA -CARANYA


1. Satukan semua bahan diatas.(kecuali ayam)
2. Gaul adunan hingga sebati.
3. Masukkan ayam yg telah di perap dgn halia tadi.
4. Goreng ayam dalam minyak yg agak panas dgn api yg sederhana.
5. Bila ayam sudah masak toskan minyaknya.
6. Potong ayam sesuka hati dan letakkan diatas piring lalu siramkan dgn sos lemon.
7. Sedap di makan ketika masih panas.


SOS LEMON


BAHAN BAHANNYA


4 sb jus lemon
3 sb gula (lebihkan ikut selera)
sedikit tepung jagung
sedikit air(atau kepekatan yg diinginkan )
1 sb cuka
setitik dua lemon paste (mama tak letak pun)


CARA -CARANYA


1. Satukan kesemua bahan dalam periok.
2. Didihkan diatas api yg pelahan, kacau hingga sos agak pekat sedikit.
3. Rasa apa yg kurang bolehlah di tambah.
4. Padamkan api dan curahkan diatas ayam tadi.



MySpace

Wednesday

DAGING BLACK PEPPER

MySpace


hidangn tengahri td.


 

resipi ni mama ambil dari umah hana.Tq hana minta halal yer
mama letak resipi ni kat cni untuk rujukkan mama dan anak2 mama di masa akan datang.Jom kita tengok resipi kat bawah nii



BAHAN BAHANNYA


500gm daging batang pinang
1 sb serbuk lada hitam yg di tumbuk kasar-lebihkan jika ingin pedas
1 biji lada benggala hijau
1 biji lada merah
3 sb kicap manis
2 sb sos tiram
1 sb sos lada hitam (mama tambah sendiri)
1 cawan air (mama lebihkan ckit anak2 suka makan kuah)
1 sb tepung jagung yg di bancuh dgn 2 sb air
1/2 sudu garam halus
1 sb gula
 minyak utk menggoreng


CARA MENYEDIAKANNYA


1.  Potong daging nipis2 dgn cara melawan urat supaya daging tidak liat.
2.  Bersihkan dan tos kan selama 1 jam   atau lebih supaya tidak
      mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.
3.  Potong panjang kedua2 lada.
4.  Panaskan minyak.Seboleh2nya gunakan minyak yg banyak dan
      menggunakan api yg kuat sprt yg di tunjukkan oleh chef asal
      supaya daging itu tak perlu di goreng dgn lama.
5.  Goreng daging lebih kurang 3-4 minit sambil di kacau
      supaya rata masaknya dan angkat.
6.  Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj.
7.  Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi
     dan masukkan lada merah.Lepas itu masukkan kicap manis,
     sos tiram,garam dan gula.Kacau sebati.
8.  Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkam air.
9.  Sekiranya ingin lebih kuah,lebihkan sukatan air.
10 Biar mendidih,barulah dimasukkan lada benggala dan
      bancuhan air tepung jagung.Biarkan mendidih.
11. Bila dah agak pekat bolehlah di padamkan api dan
      hidangkan panas2 dgn nasi putih.
Peringatan:Garam tak perlu letak byk2 kerana dah pun masin dari kicap dan sos tiram.

Monday

TIWUL AYU

Tiwul ayu ku yg tak berapa ayu.Tiwul Ayu nii sepupu sepapat ngan puteri Ayu.

Assalamualaikum dan salam satu malaysia buat semua rakan tak kira dimana jua berada.Lama sudah tak jenguk kat umah sendiri.Hari nii ari minggu tak tau nak buat pa,ronda2 kat umah kwn2 jumpa resipi TIWUL AYU.Nampak cantik jer memang ayu.Tengok bhn2 semuanya da,nak bikin pun sng jer jadi mama cubalah buat,hasilnya tak mengecewakan.Tapi tak laa seayu tuan punya resipi tuu.Pa2 pun tq laa mama kastam tioman .Minta izin ya mama copy resipi ni utk rujukkan mama dan anak2 dimasa akan dtg.Kpd kwn2 yg nak cuba buat resipinya ada kat bawah nii.



BAHAN BAHANNYA

3 biji telur
200 gm gula melaka di hiris
1 sudu teh ovelette
300 gm tepong gandum
50 gm gula caster
140 gm susu segar


INTI KELAPA PUTIH


1/2 biji kelapa parut putih
1 sudu teh tepong ubi
1 sudu teh garam


CARA CARANYA


1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.
2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.
3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.
4. Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas.
5. Tuang adunan, kukus selama 5 minit





 ni lah rupa kuih tiyul ayu yg mama bikin semalam.resipinya mama dapat daripada mama kastam tioman.sedap kuih nii gebu gebus gitu anak2 suka sebab tak terlalu manis.terima kasih kepada yg empunya resipi.

WATER ROUX



Water roux nii mama buat semalam rasanya nak merotilah pula, tuu pun kalau angin ghajin tuu datang kalau tak kau duduk laa dam esbox tuu.nasib kau laa water roux oii.resipi ni mama ambil kat umah Cik Mat Gebu tuuu, siapa yg tak pi umah dia rugi tau macam2 ada .Best laa, pa2 pun tq cik mat kongsi resipi nii.Selalu nengok resipi roti guna Water roux,terpikir2 gak apa ke benda tuu.tapi skrg dah ada resipinya ingin lak nak cuba buat roti. minta halal ya cik mat mama letak resipi kat umah mama,bukannya pa nak buat panduan dimasa akan datang.jom tenguk resipi kat bawah ni tau p umah cik mat tuu.


WATER ROUX


BAHAN BAHANNYA

50 gm tepung gandum
250 ml air

CARA MEMBUATNYA

1.Satukan semua bahan2 diatas.
2.Kacau rata2 dan jerang diatas api yang pelahan sambil di kacau selalu hingga adunan bertukar menjadi seakan2 berkanji.
3.Matikan api.
4.Sejukkan.Guna seperti yg di syorkan dalam resipi .
4.Selebihnya tutup dengan plastik cling dan simpan dalam peti ais.Tahan selama 3 hari.
Related Posts with Thumbnails