Aneka roti menggunakan doh asas..
Followers
Saturday
Thursday
KUIH PAU KACANG MERAH
BAHAN BAHAN :-
500 gram tepung pau / tepung hong kong
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air (260 ml mama tambah)
inti kacang merah secukup nya
CARA MEMBUAT PAU :-
1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.
Mama kukus 2 minit jaa guna pengukus Tupperware
Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi
Monday
KEK COKLAT
Kek tempahan Puan Noreshah untuk birthday anak bongsunya. Terima kasih banyak2 ya kak kerana bagi sokongan pada mamasyipah yg baru nak menapak ni.
Happy Birthday Atikah semoga menjadi anak yang bahagia di dunia dan Akhirat Amin..
Sunday
Subscribe to:
Posts (Atom)