Followers

Showing posts with label sayur sayuran. Show all posts
Showing posts with label sayur sayuran. Show all posts

Monday

KACANG PANJANG GORENG BELACAN




BAHAN - BAHANNYA :-)

300 gram kacang panjang ( dipotong )
50 gram udang basah dibuang kulit*
4 biji cili besar*
2 biji bawang besar*
sedikit belacan*
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
sedikit minyak untuk menumis
1 biji bawang besar (dipotong bulat )
 semua bahan* dikisar kasar

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Panaskan minyak tumis bahan bahan yang
     dikisar tadi hingga sedikit garing.
2. Masukkan sedikit kunyit dan garam.
3. Masukkan kacang panjang dan bawang besar, goreng sekejap.
     Siap untuk dihidang


   

SAMBAL BENDI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat kawan2 semua. Apa khabar, harap2 sihat semuanya. Sambal bendi resipi  mama dapat dari blog Cik Mat Gebu tu siapa lagi. Masakan hari ni dapat pujian dari pada cik abang. Satu kelainan walaupun ringkas tapi sedap, ada rasa masam,manis dan masin semua cukup. Ok la Cik Mat mama minta izin letak resipi kat blog mama, minta halal ya. Resipi boleh tengok di sini juga yea.



BAHAN-BAHANNYA :-)


15 biji bendi, pilih yang muda
1 biji bawang besar, hiris halus
1 kuntum bunga kantan, hiris halus
1 biji tomato (mama guna tomato ceri)
10 - 15 ekor udang sederhana besar (udg kecil ja )
3 - 4 biji limau kasturi, perah jusnya
3/4 camca besar gula melaka
Garam scukup rasa
2 biji cili merah*
3 biji cili padi (optional)* (cili padi hijau)
2 ulas bawang putih*
3/4 camca besar udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
1/2 inci belacan, dibakar*(*ditumbuk hancur)

CARA MEMBUATNYA :-)


1. Bendi direbus dalam air mendidih yang ditambah
      sedikit garam, hingga lembut. Toskan bendi dan
      rendam dalam air batu, bila sejuk, keringkan dengan
      paper towel..dan hiris serong, tapi jangan terlalu nipis.
      Udang dibuang kulit, kecuali ekor, buang urat belakang
     dan celur 2 minit, toskan. Tomato dibelah dua, buang bijinya.
     1/2 biji di hiris halus dan setengah lagi potong kasar. Ketepikan.
2. Masukkan tomato yang dipotong kasar, gula melaka
     dan sedikit garam bersama bahan tumbuk hancur.
     Terus menumbuk hingga semua bahan2 sebati.
3. Dalam satu bekas, satukan udang, bendi, bunga kantan hiris,
      bawang besar, baki tomato dan bahan no. 2. Gaul rata2
      dan tambah jus limau kasturi secukupnya. Rasa dan jika
      ok boleh hidangkan segera sebagai pembuka selera......

Wednesday

DAGING GORENG SOS TIRAM DGN SAYUR - SAYURAN


Menu ringkas....Daging goreng ngan sayur jer...


BAHAN BAHANNYA


300 gram daging (direbus hingga empok)
4 ulas bawang putih (di cincang kasar )
1 sudu besar tpg jagung (di bancuh dgn sedikit air )
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar )
3 sudu besar sos tiram
250 gram cendawan shitake segar*
300 gram brokoli *
1 batang karot * (di celur sekejap )


CARA MEMBUATNYA


1. Tumis bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan sos tiram dan sedikit air.
3. Kemudian masukkan daging dan lada hitam.
4. Biar mendidih seketika, masukkan tepung jagung.
5. Masukkan sayur dan cendawan  tadi.Kacau sekejap dan angkat.
    Siap untuk dihidang ,makan panas2 sedap.





Monday

KAILAN OYSTER FLAVOURED SOUCE


Selamat tengahari semua.Dah makan ke belum.Hari ni mama masak simple2 ja.Sayur kailan sos tiram , ikan  goreng, sambal dan ulam ulaman.My laling balik makan pukul 1 tghari.Mama siap hidang atas meja pi kat dapur nak ambik nasi,YA ALLAH YA TUHAN KU nasi lupa masak.Nasib baik Angah tak p keja lagi,jadi si angah p beli nasik kat kedai laa.Selalunya orang masak nasik kat umah Lauk Pauk beli kat kedai.Tapi nii dah tebalik laa pulak.Nasib baik la my laling tuu penyabar orang nya.Tq my laling I Love You So Much....


BAHAN BAHANNYA


250 gram daging (di rebus hingga empuk dan potong nipis2).
 jgn buang buang air rebusan daging tadi.
3 batang sayur kailan (di bersih dan potong sesuka hati).
3 sudu besar sos tiram.
1 sudu besar lada hitam(di tumbuk kasar).
1 sudu besar tepung jagung di bancuh dgn sedikit air.
4 ulas bawang putih (di cincang kasar2)
2 cawan air.
sedikit minyak masak.


CARA MEMBUATNYA


1. Panaskan minyak masukkan bawang putih.
2. Tumis bawang  hingga kekuningan.
3. Masuk daging bersama air rebusan tadi.
4. Masukkan air, biar mendidih.
5. Masuk sos tiram dan lada hitam.
6. Lepas tu masuk sayur kailan kacau sekejap.
7. Masukkan pula tepung jagung yang telah
     di bancuh dgn air tadi.Kacau dan angkat .
8. Siap utk di hidang.Sedap di makan panas2.

Thursday

SAYUR CAMPUR


Menu Ringkas


masak lemak pucuk ubi

BAHAN BAHAN 15 tangkai pucuk ubi 7 biji cili kering (dimesin) 20 gram ikan bilis (dimesin kasar) 10 ulas bawang merah (dimesin kasar) 2 1/2 cawan santan sedikit kunyit dan garam sedikit minyak CARA MEMBUAT 1. pucuk ubi di rebus dengan memasukkan sedikit minyak masak 2. tumis bahan bahan yang di mesin tadi hingga pecah minyak 3. masukkan santan dan pucuk ubi yang telah dipotong tadi 4. masukkan sedikit kunyit dan garam dan biarkan mendidih

Monday

BENDI GORENG


BAHAN-BAHAN


 200 gram kacang bendi (dipotong)
 100 gram udang basah (dimesin kasar)
 4 biji cili merah (dimesin kasar)
 1 biji bawang besar (dimesin kasar)
 sedikit kunyit dan garam


CARA MEMBUAT


 1. Kacang bendi dibersih terlebih dahulu dan potong mengikut kehendak citarasa.
 2. Goreng kacang bendi sekejap tanpa minyak dengan api yang pelahan.
 3. Angkat dan basuh kuali, masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
      tumis cili dan bawang besar yang dimesin kasar tadi hingga naik bau.
 4. Masukkan udang basah, sedikit garam dan kunyit.kacau sebentar.
 5. Masukkan kacang bendi yang telah digoreng tadi.masak sekejap sahaja
 6. ciap untuk dihidang.
Related Posts with Thumbnails