Followers

Sunday

GREEN PEAS COOKIES



KEK ALUNAN KASIH



Resipi: Mastura yusak (fb)
BAHAN-BAHANNYA:-


5 biji telor "A"
250 gm planta
2 cawan gula halus( mama guna 11/2 saja )
21/2 gm tepung gandom*
1 sudu teh baking pawder*(diayak)
1 cawan susu cair
1 sudu teh esen vanilla
serbuk koko secukupnya
pewarna pink,biru dan kuning
sediakan tapis teh untuk ayak serbuk koko


CARA MEMBUATNYA:-


1. Pukul planta dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan telur satu persatu
    pukul lagi hingga kembang.
3. Masukkan esen vanilla,susu cair.. 
    gaul hingga sebati dan masukkan tepung
    sedikit demi sedikit hingga habis.
4. Bahagi tiga bahagian.. campurkan pewarna.
5. Griskan loyang dan taburkan sedikit tepung,
    masukkan adunan kuning...ratakan dalam loyang
    dan ayakserbuk koko menutupi lapisan pertama
    ayak nipis saja.
6. Masukkan adunan ke dua.. warna biru...ratakan
    pelahan2..(jangan sampai serbuk koko diatas
    lapisan pertama tadi terangkat).
7. Macam tu seterusnya sampai adunan habis.
8. Bakar lebih kurang 45 minit..175 Degree 
    atau ikut oven masing2.

BEBOLA KELEDEK SALUT GULA

 

BAHAN BAHANNYA :-)

500 gram ubi keledek putih (buang kulit dan timbang)
60 gram tepung gandum
sedikit garam
4 sudu besar gula pasir
1/4 cawan air
minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKANNYA :-)
1. Ubi keledek dikupas kulit dan potong
     2 atau 3  dan rebys hingga empuk

2. Lenyet hingga halus, masukkan tepung gandum
     dan garam.
3. Uli hingga sebati.
4. Ambil sedikit adunan bulat2kan.
5. Goreng dalam minyak sederhana panas hingga masak.
6. Toskan minyak.
7. Dengan menggunakkan kuali yang sama buangkan minyak 
     tadi masukkan gula dan air, masak hingga gula pekat.
8. Selepas itu masukkan bebola, gaulkan pelahan2 
     hingga gula tadi salut pada bebola.
9. Padamkan api dan terus kacau pelahan2 hingga
     gula tadi kering.
     Siap untuk dihidang

    

Related Posts with Thumbnails