Followers

Friday

KUIH KETAYAP



BAHAN BAHANNYA 

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
21/2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

BAHAN INTI

1 cawan kelapa parut putih sahaja
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
sedikit garam

CARA MEMBUAT INTI

1. Masak gula merah dengan 1/2 cawan air kemudian tapiskan.
2. Masukkan gula pasir dan kelapa parut dan sedikit garam. 
3. Masak diatas api yang sederhana  dan kacau hingga sebati
     dan biarkan sedikit lembab.
4. Angkat dan sejukkan

CARA MEMBUAT KULITNYA

1. Masukkan semua bahan dalam blender
     dan blend hingga sebati.
2. Panaskan non-stick pan,tuangkan satu senduk kecil
     adunan ini dan goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis.
3. Tutup non -stick pan sekejap atau sehingga adunan masak.
4. Bila masak angkat dan letakkan inti kelapa tadi.
5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, gulung dengan kemas.
6. Buat hingga selesai.


2 comments:

izahdaut said...

wah..cantiknya dengan gulungan itu...sangat suke melihatnya..kalau makan nih dah sah sah la best kan...

mamasyipah said...

>> izahdaut << eheh.. jangan la puji lebih2 nanti makin kembang setaman la pulak...hihi gurau ja tau...

Related Posts with Thumbnails