Followers

Monday

MUFFIN PISANG BERKELAPA



 SUMBER : Cik Mat Gebu
 Terima Kasih Cik Mat.

 BAHAN-BAHANNYA :-)

 120 g mentega, cair dan sejukkan
 2 biji telur gred "A"
 125 g tepung gandum*
 1/2 camca teh soda bicarbonatedisatu*(*satukan dan diayak)
 60 g gula peerang (brown sugar)
 1/2 camca besar ovallate
 130 g pisang, dilecek
 2 camca besar kelapa kering
 2-3 titik esen pisang
 4o g dark chocolate, dicincang ( mat guna "Cadbury Bourville fine
  dark chocolate")
  (mama guna dark chocolate colatta )
 Badam keping untuk hiasan ( tak da tak letak laa )

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Panaskan oven pada suhu 180C, alas tin muffin dengan
      paper cup sesuai atau guna muffin cup jenis keras. Ketepikan.
 2. Putar gula peerang bersama ovallate hingga rata
     Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga
     kembang dan pekat. Masukkan esen pisang dan pisang lecek.
     Gaul rata.
3. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung tadi sedikit
    demi sedikit hingga habis, masukkan pula kelapa kering
    dan coklat cincang, putar rata.
4. Tuang mentega cair, gaul rata dengan spatula hingga rata
     dan sebati. Sudukan adunan ke dalam muffin cup 3/4 penuh
     dan tabur dengan sedikit badam hiris, buat hingga siap.
5. Bakar selama 20 minit atau hingga masak,
      biar sejuk atas jaringan sebelum dihidangkan.




2 comments:

Watierman, rmanbkr said...

Salam Mamasyipah....tengok sekejap jer dah merebak muffin CMG ni....rajin ..Wati tak sempat nak ambik resepi baru....tak sempat nak hadap lappy lama2 dah sekarang ni!!!

maz said...

salam mama...rjin btul mama ni..msuk dpur dia mcm2 ada..mtak mffin 2 bjik ma..bnyk kan xhbis plak..anak2 kita smua xmkn mffin2 ni..tu yg jrang buat...

Related Posts with Thumbnails