Followers

Wednesday

KURMA AYAM YOGURT


Pantun ni di tujukan khas buat Cik Mat...

    " Dari mana datangnya cinta
  Dari mata turun ke hati
                     Terima kasih ajar kami cara caranya
              Memasak untuk memikat hati "





Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan kawan. Apa khabar semuanya. Harap2 sihat laa ya. Hari ni mama nak kongsi satu resipi yang mama ambil dari blog Cik Mat Gebu alaa.. siapa yang tak kenal dengan sifu yang terkenal dengan masakkan peranakkan tu... Sedap resipi ni satu kelainan Selalunya mama masak kurma biasa ja tak daa campur bahan lain macam resipi nii.. Maksud mama kurma yang biasa orang buat tu. Tapi bukan laa tak sedap resipi tu sekali sekala cuba resipi baru ni best juga. Lagi pun kurma ni tak taruh santan sebab tu tak laa muak sangat rasanya.. Mama masak ada kuah sikit..Cik abang makan pun angkat jari sedap katanya. Tapi ni bukan puji memuji sebab nak CnP dari blog Cik Mat pujian ikhlas tau matt. Banyak resipi dari blog Cik Mat mama dah cuba hasilnya tak menghampakan... Ok la terima kasih banyak2 CikMat sudi kongsi resipi ni. Mama minta izin letak resipi di blog mama untuk rujukkan di masa akan datang..


 BAHAN-BAHANNYA :-)


 600 g ayam, potong sederhana besar, cuci bersih dan toskan
 4 biji kentang, kupas belah 4 setiap biji dan rendam
 1 biji cili merah, belah 2
 1 biji cili hijau, belah 2
 1 1/2 camca besar cili kisar
 1 camca besar kerisik
 2 camca besar penuh rempah kurma
 1/2 cawan yogurt
 2 keping asam gelugor
 1 camca besar gula melaka
 Garam secukup rasa
 Air secukupnya

 BAHAN KISAR HALUS :-)

 1 biji bawang besar
 6 biji bawang merah
 3 ulas bawang putih
 2 biji tomato
 1/2 inci halia
 1/2 inci lengkuas
 1/2 inci belacan
 1 inci kunyit hidup
 3biji buah keras
 1camca teh lada hitam biji

 BAHAN TUMIS :-)

 3 biji bawang merah, hiris halus
 1 ulas bawang putih, hiris halus
 1 batang kayu manis
 1 kuntum bunga lawang
 5 kuntum bunga cengkih
 3 biji buah pelaga

 CARA MEMBUATNYA :-)

 1. Satukan bahan2 kisar halus dan rempah kurma,
      kacau rata. Panaskan minyak dalam periuk,
      masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum,
      masukkan cili dan tumis hingga garing, tambah
      rempah kurma + bahan kisar halus tadi,
      masak hingga terbit minyak dengan api kecil.

 2. Masukkan ayam dan gaul rata. Masak sekejap
      hingga ayam kecut. Masukkan kentang,
      gaul dan tuang air seckupnya. Masak hingga
      kentang empuk, tambah asam gelugor, kerisik,
      gula melaka dan garam secukup rasa.

 3. Akhir sekali masukkan yogurt, cili merah dan hijau belah.
      Kacau rata dan masak sekejap degan api kecil.
      Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur dengan hirisan
      daun sup dan bawang goreng sebelum menghidang

6 comments:

Mat Gebu said...

SALAM MAMA...WAAA TERHARU NI..

KEREPEK DIBUAT OLEH EN BABA,
SEDAP DIMAKAN BILA BERSIRA,
TERIMA KASIH SUDI MENCUBA,
MOGA IKATAN BERTAMBAH MESRA...

fazrin2211 said...

mama, bila nak jadi mak mertua sy, leh makan sedap2,hahaha

fazrin2211 said...

wah mat gebu, siap berpantun2 lagi

mamasyipah said...

>> fazrin.<< nko tuuu macam2.. klau nak mkn tak payah tggu jadi mak mertua bila2 pun boleh.....

mamasyipah said...

>> Mat Gebu << w'salam Cik Mat..woow beribu2 bintang untuk pantun Cik Mat tu2..org2 seblh selatan bukan jer pandai masak malah gah dgn pantun2 juga..ok lah mama pun berdoa moga p'shbtan kita di alam maya b'pjgan,dan beroleh kemenangan dunia akhirat AMIN...

fazrin2211 said...

hhheee, boleh ke,wah, raye ni wat ape plak erk

Related Posts with Thumbnails