Followers

Monday

ROTI KISMIS YOGURT



Sumber : Majallah sedap Bil: 24
CnP: dari mat gebu.Terima kasih Cik Mat dan bdaria.
 Boleh tengok disini atau disini

BAHAN-BAHANNYA :-)

300 g tepung roti (high protein flour)*
100 g tepung gandum (plain flour)*
20 g susu tepung*
75 g gula halus*
1 camca teh garam*
1/2 camca teh bread improver (resipi asal tak letak)*
(mama tak letak pun )
8 g instant yeast*
50 g yogurt
1 biji telur, dipukul sedikit
150 ml air sejuk
75 g marjerin (mat guna mentega)
50 g kismis (rendam dalam air panas hingga kembang, tos dan lap kering)
susu pekat campur air dan madu (utk sapu diatas roti )
 
CARA MEMBUATNYA :-)


UNTUK DOH :- Satukan semua bahan bertanda (*) , gaul rata. Masukkan yogurt, telur dan air sejuk sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh. Masukkan mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut dan kenyal,(doh memang lembut sedikit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan tutup dengan plasik bersih. Perap 30 minit. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan untuk doh dalam bread maker dan pilih setting untuk "DOH", tekan "ON" dan tunggu hingga siap.

UNTUK ROTI KISMIS YOGURT :- Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, taburkan kismis dan uli sekejap sehingga kismis rata dalam doh, bagi2kan doh tadi pada 17 bahagian sama besar. Mama buat 12 biji  besar2. Ambil satu bahagian, bulat2kan dan bentukkan memanjang. Mama bentuk bulat2 ja. Susun dalam bekas. Buat hingga siap. Biar 45 minit hingga doh kembang. Sapu dengan susu cair dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 20 minit. Sapu dengan susu pekat sejurus roti keluar dari oven, sejukkan atas jaringan sepenuhnya...




0 comments:

Related Posts with Thumbnails