Followers

Friday

ROTI PAUN


Hari ni terlebih ghajen la pulak.Dah lama nak buat roti ni.Dok tengok umah kawan2 teringin laa pulak nak meroti.Alhamdulillah dah pun tercapai hasrat di hati.Ni laa hasilnya,baru jaa bawak keluaq dari oven, Nah ambik ko setalam bak.makan la anak2 oii, nanti mama buat pesen lain pulak.



tengok laa lembut ja kan




yang ni dah pun berpisah ngan kawan2 kat atas tu.banyak dah kawan2 cuba buat roti nii.Mama ambik dari uma Hana.Tq hana dan Tq empunya asal resipi ni.Jom kita tengok resipi kat bawah ni.


BAHAN BAHAN NYA :

*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver3

bahan bertanda * saya timbang sekali harung.. = 400gm semuanya..

CARA CARA NYA :

1. tepung + gula + susu tepung + bread improver
     gaul biar bercampur lubangkan tengah..
2. masukkan telur..
3. masukkan majerin gaul rata then masukkan air+yis uli
     then masukkan pelembut roti..
4. uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
     perap doh n biarkan naik.
     (resepi asal suruh perap 2 jam..saya letak kat luar rumah.
      tak sampai sejam doh dah naik)
5. bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun..
     (macam tahi lalat laa) bakar about 20 minit @ 180C
      bila dah masak gliskan dengan majerin...

Nota dr sumber:
* lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi..
   boleh terus masukkan kat oven..
* doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je..
   1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..

2 comments:

ima said...

salam kak, adoi!!!tak tahannya...dah banyak umah buat roti ni...memang nampak sedap dan gebu je...hehe

mamasyipah said...

to ima

mama pun dok tengok umah kawan2 dok tayang roti nii.. teruja sangat nak cuba.lepas masak makan tengahari bermula lah projet alhamdilillah hasil tak mengecewakan....cuba la buat lambut jaa roti tuu..

Related Posts with Thumbnails