Followers

Thursday

AYAM ROSE BERMADU




BAHAN-BAHANNYA


500 gm ayam di bersih dan toskan
4 sudu besar madu
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu teh pati ayam
1 cawan susu cair
1 senduk cili kering kisar
6 biji cili merah *
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 cm halia*
mesin bahan2 bertanda*
2 batang serai (di ketuk)
sedikit bunga cengkeh, bunga lawang,buah pelaga dan kulit kayu manis
sedikit minyak utk menumis
garam dan serbuk kunyit secukupnya


CARA MEMBUATNYA


1. Ayam di gaul garam dan kunyit
     kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan sedikit minyak  masukkan
     rempah tumis dan serai biar hingga wangi. 
3. Kemudian masukkan bahan2 yang di mesin dan cili kering 
     tadi dan biarkan pecah minyak atau sehingga   masak.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili biarkan seketika.
5. Masukkan madu kacau sekejap,masuk serbuk pati ayam
     dan susu cair.
6. Biar mendidih ,kemudian masukkan ayam .kalau tak masin
     tambah sedikit garam.
7. Biar hingga masak.




5 comments:

AZIAN said...

Huh berpeluh-peluh makan ayam rose bermadu nih....

AZIAN said...

Huh berpeluh-peluh makan ayam rose bermadu nih mama....best.

mamasyipah said...

to AZIAN

patut laa nengok pinggan jer atas meja,ayam nya dah ilang,azian makan ropenyer hi hi

Watierman, rmanbkr said...

Mama...Watie tak makan ayam..rasanya tu sebab jarang masak ayam kat umah....nanti hantar budak2 umah Mama jer lah tumpang makan ayam!

mamasyipah said...

to Watieman rmanbkr

boleh2 mai la mama tengah makan nii.

Related Posts with Thumbnails