Followers

Thursday

BAN MEXICAN



Ban Mexican...eh...eh.. naper topping tu bekedut2 ..ni percubaan yg pertama nanti cuba lagi lah..
Salam pagi khamis untuk semua rakan2. Dah sarapan ke belum . Jom kita sarapan sama2 . Pagi nii kita makan roti lagi. Roti..roti..roti tak jemu kaa. Oooo tidaaaak rumah mama selalu sarapan ngan roti . Kalau malas nak buat, mama beli jaa roti kat kedai .
Sekali sekala tuu ada la hidangan lain tuu pun kalau angin ghajen datang, bukan nya pa roti ni senang mama sediakan pada waktu malam.
Pagi tu siap hidang jaa.Senang kan, kann. Resipi ni mama ambik dari blog Azian. Sapa2 nak cuba boleh p kat blog azian atau tengok kat bawah niii.



   BAHAN UNTUK DOH

  500 gram tepung roti, diayak
  20 gram tepung susu, diayak
  75 gram gula kaster
  1 sudu teh) garam
  1 1/2 sudu teh yis segera
  1 biji telur, dipukul sedikit
  270 gram (270 ml) air
  60 gram mentega, dilembutkan

   CARA MEMBUATNYA


  1. Campurkan tepung yang telah diayak,
       gula kaster dan garam didalam mixer dan putar
       pada kelajuan perlahan selama 1 minit.
  2. Masukkan yis, telur dan air. Putar selama 1 minit
       pada kelajuan perlahan dan kemudian pada kelajuan
       sederhana selama 8 minit.
  3. Masukkan butter dan gaul hingga sebati selama 5 minit
       pada kelajuan sederhana sehingga adunan roti
       menjadi lembut dan licin.
  4. Kemudian bulatkan adunan setiap bahagian 55 gram
       (boleh dapat 17 bahagian). Bentukkan bulat.
  5. Tutup dengan kain lembab dan biarkan selama 10 minit.


   BAHAN UNTUK INTI


  100 gram mentega/ cream cheese , dilembutkan
  1/4 sudu teh esen vanilla
  35 gram gula perang/ icing sugar


   CARA MEMBUAT INTINYA


  1. Pukul mentega dalam mixer pada kelajuan
       sederhana selama 3 minit.
  2. Masukkan esen vanilla dan gula perang
      dan pukul hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan kedalam mangkuk
       dan bekukan dalam peti sejuk.
  4. Bahagikan adunan inti kepada 10 gram
       dan bulatkan dan simpan dalam peti sejuk
       sehingga sedia untuk digunakan.


   BAHAN UNTUK TOPPING


  100 gram mentega, dilembutkan
  80 gram gula aising, diayak
  2 biji telur, dipukul sedikit2 (mama guna gred B)
  2 Sudu Esen Roti Boy / cappucino essence
     ( mama guna kopi emelco)
  100 gram tepung serbaguna ( superfine flour)


  CARA MEMBUAT TOPPING


  1. Pukul mentega dan gula aising pada kelajuan sederhana
       selama 5 minit sehingga adunan ringan dan gebu.
  2. Masukkan telur sedikit demi sedikit .
  3. Masukkan kopi emelco.
  4. Masukkan tepung dan putar pada kelajuan perlahan
       sehingga semuanya sebati.
  5.Masukkan kedalam piping bag dan sejukkan dalam
       peti sejuk sehingga sedia untuk digunakan.


  CARA MEMBUAT MEXICAN BUN


  1. Leperkan satu bebola doh dan masukkan intinya.
  2. Cantumkan dan bulat kan duh. Buat sehingga habis.
  3. Biarkan ia naik sebentar.
  4. Paipkan toping diatas permukaan doh yang telah naik.
  5. Bakar selama 20 minit dalam kepanasan 160C -
       atau topping telah garing.

6 comments:

Watierman said...

Salam Mama nak Mexican Bun...baru kena menu Mexican hari ni!!!hehehe!

mamasyipah said...

to Watierman ambik laa dah letak 2 biji atas meja tuu..

MamaFaMi said...

Tak apalah kedut pun, janji sedap.. :D

mamasyipah said...

to MamaFami sedap tu memang sedap..kalau yg kita beli tuu licin ja topping dia..

aima said...

wah sedapnyer roti ban...

mamasyipah said...

>> aima..Mexican Bun tu kesukaan famili mama,kalau pegi super roti tu la ank2 beli..

Related Posts with Thumbnails