Kuih ni mama buat petang tadi untuk minum petang
BAHAN BAHANNYA
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
2 cawan air
1/2 cawan air daun pandan
sedikit pewarna hijau
sedikit garam
BAHAN INTI
1 cawan kelapa parut putih sahaja
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan air
sedikit garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Masak gula merah dengan 1/2 cawan air kemudian tapiskan.
2. Masukkan gula pasir dan kelapa parut dan sedikit garam.
3. Masak diatas api yang sederhana dan kacau hingga sebati
dan biarkan sedikit lembab.
4. Angkat dan sejukkan
CARA MEMBUAT KULITNYA
1. Masukkan semua bahan dalam blender
dan blend hingga sebati.
2. Panaskan non-stick pan,tuangkan satu senduk kecil
adunan ini dan goyangkan kuali supaya adunan rata dan nipis.
3. Tutup non -stick pan sekejap atau sehingga adunan masak.
4. Bila masak angkat dan letakkan inti kelapa tadi.
5. Lipatkan bahagian kiri dan kanan, gulung dengan kemas.
6. Buat hingga selesai.
2 comments:
Mama..ketayap ada lagi tak???
to Watierman
alaa dah habis,cian nyer nanti mama buat lain...Esok mai awai ckit k