Followers

Tuesday

PAU KACANG MERAH


Selamat petang kawan2,dah makan ke belum . Petang nii kita minum teh O dengan kuih pau kacang merah.Kuih pau nii mama dah buat dulu , resipinya pun sama
jugak dengan yang dulu.Saja mama letak gak resipi kat sini.



BAHAN BAHAN :

BAHAN A.

1/2 kilo tepung hong kong atau tepung pau
5 sudu besar gula kastor
1/2 sudu besar shortening
1/2 sudu besar softener
1 sudu teh double action
1 sudu teh yis kering
250 ml air


BAHAN INTI :


150 gram kacang merah (rebus sehingga empuk)
115 gram gula kasar (mengikut cita rasa)
115 gram minyak jagung


CARA MEMBUAT INTINYA :


1. Kacang merah direndam terlebih dahulu.
2. Rebus sehingga empuk dan kembang.
    pastikan air ada sedikit biar kan sejuk.kisar hingga halus.
3. Masukkan ke dalam kuali,
    campur kan dengan gula dan minyak jagung.
4. Kacau hingga berkilat.sejukkan.


CARA MEMBUAT PAU :


1. Campurkan kesemua bahan A dan uli
    sehingga lembut dan tidak melekat pada tangan.
2. Timbang adunan setiap satu seberat 50 gram.
3. Bulat kan adunan sehingga licin permukaan nya.
4. Masukkan sedikit inti dan bulatkan kembali.
5. Alas kan pau dengan kertas putih.
    biarkan adunan selama setengah jam.
6. Kukus sehingga masak lebih kurang 15 minit.

 Untuk mengelakkan pau berkedut2 ,selepas kukus selama 15 minit , tutup api dapur kemudian buka sedikit saja penutup periok kukus tu untuk keluarkan wap sekejap jaa , lepas tu baru lah buka penutup tu keseluruhannya dan keluarkan pau tadi.

4 comments:

cikmanggis said...

salam mama..wah gebu molek pau tuh...cm ambik resepi ya.t.kasih

Watierman said...

Tengok pau rasa macam nak mengepau...tapi rasa macam baru wat jer....apa yang belum wat tah!!Mama nak pau 3 biji....!

mamasyipah said...

to cikmanggis..nak ambik resipi pau tuu ,boleh2 ambik laa.kita sama2 kongsi

mamasyipah said...

to Watierman..tak pa buat lagi sedekah kat jiran2.kalau tak nak buat ambik kat umah mama jaa.dah terhidang 3 biji atas meja tuu.panas2 lagi ambik laaa

Related Posts with Thumbnails