Followers

Friday

AYAM COCA COLA

Salam jumaat buat semua...hari ni mama masak ayam coca cola . Selalunya air coca cola ni kita semua buat minum untuk hilangkan dahaga. Tapi kali ni mama cuba masak dgn ayam pulak. sedap woo...
Siapa yang nak cuba tu boleh la ikut resipi kat bawah ni..... Mama dapat resipi ni dari rakan mama dan masakkan ni dapat hadiah kedua dalam pertandingan memasak anjuran perkep baru2 ni.


BAHAN BAHANNYA :-)


500 grm ayam
20 biji cili padi* (boleh kurangkan)
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1/2 cm halia*
1/2 cm lengkuas*
4 batang serai*
2 cawan air coca cola
4 sudu minyak masak
1 sudu makan gula
sedikit serbuk perasa
garam secukup rasa
15 helai daun limau purut (dihiris halus)
semua bahan yang bertanda * di kisar halus

CARA MENYEDIAKANNYA :-)

1. Ayam di bersihkan dan di potong mengikut cita rasa masing2.
2. Kisar semua bahan bahan yang bertanda *.
3. Daun limau purut di hiris halus.
4. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi
     hingga kekuningan.
5. Masukkan air coca cola, gula, serbuk perasa dan garam.
6. Masak sehingga mendidih dan masuk daun limau purut.
     Biarkan sekejap.
7. Lepas itu masukkan ayam dan terus masak
     hingga kuah nya kering.
    (kalau nak ada kuah tu tak payah lah masak
     terlalu lama ikut cita rasa masing2 laa ya.)
    Siap untuk di hidang.

    SELAMT MENCUBA

7 comments:

izahdaut said...

aipp..mana resepinya ma..hehehe

maz said...

salam ma...mlm2 mcm ni bru free skit..tu pun duk tension nga tnet teramat la slownya..kita pun xprnah lgi ayam coca cola tu..sdp ye ma..

mamasyipah said...

>> izahdaut >> maap tadi tak sempat nak taip resipi sbab ada program kat umah Perkep.ok dah tempek dah resipi tu..cuba la, nanti hantaq kat mama stu tpaware...

mamasyipah said...

>> maz << biasalaa tu kat sini pun kdg2 lbat gak tnet tuu..ayam coca cola tu sedap bagi tekek mama la.cuba laa

mamasyipah said...

>> maz << silap taip laa pulak.sedap bagi tekak mama laa.hihi..

Lelord said...

cam best jek nih, kena coba

mamasyipah said...

>> lelord << terima kasih byk2 cuba jangan tak cuba...

Related Posts with Thumbnails